Majlis Perasmian Balai Seni Lukis Kelantan (BSLK) telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Amar b Abdullah, Timbalan Menteri besar Kelantan pada hari Isnin 6 Safar 1435H bersamaan 9 Disember 2013.
Bangunan yang terletak bersebelahan dengan Tourist Information Center di Jalan Sultan Ibrahim ini dahulunya merupakan Pejabat Penasihat Inggeris yang terakhir Kelantan. Terakhir sekali ianya dijadikan Pejabat Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) sehingga tahun 2006.Pada tahun 2008 banguanan ini diserahkan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan untuk dijadikan Balai Seni Lukis Kelantan. Kerja-kerja pengubahsuaian siap pada tahun 2012.
Dilantai bawah ditempatkan Galeri Pameran lukisan-lukisan kepunyaan pihak Muzium untuk tontonan awam. Terdapat hasil karya pelukis-pelukis tersohor tanah air yang dipamerkan. Lantai atas adalah galeri lukisan ahli-ahli PESENI. BSLK juga akan dijadikan medan untuk pameran lukisan yang akan dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
Pengunjung akan dikenakan sedikit bayaran masuk.
Gambar-gambar hari Perasmian.
No comments:
Post a Comment